Total Pageviews

Hujung Minggu

assalamualaikum pertama sekali saya ucapkan.

bertemu lagi kita pada hari ini. semoga semua yang membaca entri saya akan diberkati oleh tuhan.

Hujung minggu merupakan hari rehat bagi kebanyakkan orang. Mereka akan berehat samada dari kesibukan kota, kerja ataupun sekolah. Namun masih ramai yang masih berkerja pada hari hujung minggu, sabtu dan ahad. mereka ini kebiasaannya berkerja kerana kesuntukan masa untuk meyiapkan kerja-kerja mereka atau mahu mencari rezeki lebih.

Kedesakan dan tekanan taraf hidup sesebuah negara kebiasaannya akan meningkat setiap tahun. semuanya bergantung kepada taraf sesebuah negara. tidak semestinya negara maju sahaja yang mempunyai taraf hidup yang tinggi, mereka yang tinggal di negara berpendapatan sederhana juga menghadapi masalah yang sama.

Hujung minggu saya diluangkan di rumah. Saya menghabiskan masa bersama ibu tercinta. kami masak juadah bersama-sama. Saya dapat lihat, walaupun hanya dengan memasak, pelbagai kebaikan yang saya peroleh selain skill memasak ( will be improved sooner- pray me ). Mempunyai seorang ibu yang bijak , cekap dan banyak berfikir semestinya akan membuatkan saya berborak non-stop. kami bergurau dengan pelbagai cerita. kebanyakan cerita kami adalah berkaitan dengan masa depan.

Kadang-kala saya terfikir, berapa banyak manusia diluar sana sibuk dengan kerja dan kerja dan kerja tanpa mengirakan sebenarnya masa yang diluangkan bersama orang yang tersayang juga suatu yang penting dan wajib dilakukan. Dengan mengira seorang ketua keluarga harus memberikan masa mereka kepada anak-anak mereka yang sedang membesar, membutuhkan kasih sayang ibu dan bapa sudah cukup mampu memberikan impak kepada anak itu pada masa dewasa mereka. Membesar dengan layanan yang baik dan sepatutnya disamping keluarga semestinya akan memberi kesan positif kepada mereka suatu masa nanti. Tidakkah mereka berfikir?

semoga entri kali ini memberikan manfaat. Terima Kasih Pembaca.

stay young. stay positive.stay awake

No comments:

Post a Comment

Negara Demokrat dan Demonstrasi Awam #LAWAN

 Malaysia It has been 2 years of Malaysia has been in this endless pandemic which is a really tiring and hopeless situation for all of us. T...