assalamualaikum kepada para pembaca entri kali ini. minggu ini aku baru sahaja menamatkan short course aku di IIUM. setalah dua bulan menghadiri kelas di sana akhirnya aku berjaya menamatkan pengajian .. Yeahhhh! dan alhamdulillah pengajian di situ membuatkan aku lebih memahami bahasa inggeris dengan lebih mendalam. i think i should write in english in my future.. yeah plan to. insyaallah.
entri kali ini aku ingin cerita kan tentang cinta. haha. macam cintan cintun pulak kan? no way! i'm ain't kind of that person. haha LOL. apa yang aku ingin ceritakan ialah apa sebenarnya cinta yang dimaksudkan oleh aku. cinta itu universalkan?
cinta itu sifatnya suci dan mendamaikan. susah sebenarnya bila kita mahu mencari cinta seperti ini. kerana cinta ini hanya datang pada manusia yang benar benar mahu mencari cinta suci. #yedokkk? haha. yelah. cinta seperti ini sukar hadir pada manusia apatah lagi ada pada manusia yang hanya mencari cinta manusia SAHAJA. kerana cinta seperti itu hadir daripada Allah dan ada pada Allah. dia amat amat menyayangi hamba hambanya biarpun hambaNya itu muslim atau kafir. buktinya dia telah memberikan pelbagai jenis nikmat kepada semua umat manusia. biarpun hanya nikmat menghirup udara untuk bernafas. itu juga dikira sebagai nikmat kerana kita masih mampu meneruskan kehidupan. benar? Allah adalah kunci kebahagiaan cinta kita sesama manusia. percaya iu.
cinta seterusnya kepada kedua ibu bapa. saya percaya ketika kita kecik, ustazah dan ustaz selalu berpesan kepada kita berkat allah itu terletak pada berkat ibu bapa. ini kerana mereka telah mencuba sedaya mungkin untuk membesarkan kita dan disebalik itu juga ujian kesabaran dan kecekalan kepada mereka. saya percaya ibu bapa amat memainkan peranan penting dalam membesarkan dan mendidik anak anak. kainputih akan dicorakkan dengan pelbagai warna yang dilukiskan dan diilhamkan oleh ibu bapa. sebab itu, sebelum kita menjadi ibu bapa, kita mesti mempersiapkan diri dengan ilmu dan tawakkal kepada Allah atas segala yang bakal anak tempuhi ketika melalui zaman keibubapaan.
cinta kita juga boleh diberi kepada sahabat yang memberi manfaat kepada kita. seringkali saya melihat betapa ramainya yang berjaya kerana persahabatan dan gagal kerana persahabatan. penilaian terhadap seseorang dalam kita memilih sahabat yang baik tidak akan menjatuhkan maruah mereka, cuma kita yang harus bijak bagaimana kita meluangkan masa bersama mereka. kita tidak perlu menjadi sombong terhadap mereka yang kita rasa tidak begitu sesuai dengan kita. cukup dengan senyuman ikhlas dan sapaan ringkas. bagaimana saya lihat persahabatan amat mempengaruhi diri kita adalah, kita akan berubah mengikut perubahan umur dan zaman. kita akan lebih tertarik kepada mereka yang sebaya atau sekepala dengan kita. mereka adalah antara penarik untuk kita berubah mengikut apa yang kita rasa kita mahu buat atau yang kita rasa ianya betul. oleh itu, kita seharusnya bijak dalam pergaulan dan percaturan sesama mereka.
cinta seterusnya ialah cinta dalam keluarga. dunia kekeluargaan amat penting dalam kehidupan seorang manusia. keluarga seharusnya menjadi tulang belakang kepada ahlinya dan tidak seharusnya mereka mempunyai sifat iri hati, malas untuk bekerjasama, saling dengki sesama adik beradik atau berfikiran negatif sesama sendiri. kita perlu melihat pada perspektif yang lebih luas dan jelas terhadap kepentingan antara ahli keluarga ini. kita sepatutnya meluangkan masa dengan mereka sebagai pelaburan di masa hadapan.
saya percaya bahawasanya cinta yang sebenar tidak boleh dipaksa tetapi cinta yang sebenarnya perlu difahami dan dihayati oleh semua. Allah telah memberikan hati dan perasaan kepada hambNya untuk mereka merasai betapa indahnya cinta itu sekiranya mereka meletakkan ia di jalan yang sebenar dan yang diredhainya. insyaallah berjumpa lagi dientri yang lain. Da-Da!!!
stay young,stay positive, stay awake
Total Pageviews
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Negara Demokrat dan Demonstrasi Awam #LAWAN
Malaysia It has been 2 years of Malaysia has been in this endless pandemic which is a really tiring and hopeless situation for all of us. T...
-
Assalamualaikum my dear, it has been a great and productive weekend for me. I have done a lot of work this Saturday and Sunday. how about...
-
What is media literacy? As we were children, we were told about kid's fiction stories like the little red hood. Each of those stories b...
-
assalamualaikum everyoneeee!!!! 2017 already at the end and all of us are already so excited to flip the calendar to January! yeahhhhh. m...




No comments:
Post a Comment