Ya hari ini kita berbicara tentang “kerana ucapan”.
Ucapan itu bermula dari terdetiknya sesuatu,
Bermulanya ia dari terfikirkan sesuatu,
Tercetusnya ia apabila keberanian untuk meluahkan sesuatu,
Terkeluarnya apabila yakinnya kita untuk berbicara,
Ucapan itu kuasanya besar,
Selalunya kita tidak sedar kecilnya huruf memberi sebesar-besar makna,
Tidak selalunya kita memperbaiki ucapan apabila tujuan meluahkan itu,
Adalah untuk memperbaiki keadaan,
Selalunya kita hanya mahu yang selesa kurang yang tajam,
Selalunya kita hanya mahukan yang menyebelahi bukan yang menyedarkan
Kita,
Kita sedar tajamnya pisau kerana kerasnya komposisi
Namun lembutnya lidah hasilnya mengguris
Sesuatu ucapan itu, tidak semestinya hanya melalui mulut, tetapi juga
memalui lain lain cara
Medium berbicara sudah diluaskan,
Namun ada manusia yang salah gunakan cara,
Tidak sedar kita sedang berbicara tajam yang initinya kosong,
Terguris hati tidak mampu diberi ubat,
Tergurisnya hati mereka ubat sendiri yang beri,
Kita mungkin sudah hilang moral,
Yang manusia dulu agung-agungkan,
Hilang intipati halus,
Megah kosong ruang diisi angin.
Manusia,
Dimanakah identiti,
Yang dahulu mahu dibina teguh,
Namun halus debu bertebangan,
Mengikut ucapan dan bicara lembut lidah tajam menembusi.




No comments:
Post a Comment