Total Pageviews

Tentang Perasaan


kita manusia penuh dengan perasaan dan rasa. ada kala kita berasa duka, adakala kita berasa sedih, adakala kita berasa gembira, adakala berasa indah, adakala kita berasa itu dan berasa ini.

adakalanya juga perasaan kita bercampur baur tanpa kita sendiri mampu untuk meluahkan perasaan itu. ianya terlalu padat dan sukar untuk diungkapan. 

perasaan adalah satu anugerah
ianya hanya ada pada manusia pada kata fitrah.
kita manusia perlu tahu apakah itu sebenarnya perasaan yang sebenar supaya kita tahu menghargai rasanya merasai sesuatu itu.

sebagai contoh dengan perasaan marah, kita mampu merasai ia melalui rasanya geram, melalui rasa kurangnya sabar dan kita meluahkan itu dengan perbuatan yang menunjukkan perasaan itu seperti meninggikan suara dan bahasa badan kita.

tanpa kita sedar perasaan boleh mengawal menusia. perasaan boleh mengambil alih perwatakan kita dan pada suatu ketika tanpa kita sedar, perasaan itu boleh menjadi karakter kita. seperti contoh di atas, perwatakan kita ialah baran. 

melalui perwatakan negatif tersebut, kita akan mengubah persekitaran kita, kita akan mengubah cara interaksi kita terhadap orang sekeliling, kita akan mengubah perspektif orang terhadap kita.

kita juga sebenarnya merisikokan diri kita terhadap sesuatu. jika buruk perwatakan itu, maka risikonya adalah negatif. kita baiknya perwatakan itu, maka baiklah ganjarannya.

oleh itu, adanya perasaan sabar untuk kita lawan perasaan marah. apabila kita merasa betapa indahnya perasaan sabar itu, kita akan kurang untuk mengadakan dan merasakan perasaan marah itu. berharganya perasaan sabar itu, tidak ternilai untuk kita sanggup korbankan demi perasaan marah yang kita tahu marah itu hanya untuk beberapa minit dan selebihnya ego. marah itu normal namun kita akan mampu mengawalnya dengan perasaan sabar.

begitulah kita mestabilkan perasaan. sesuatu yang buruk itu akan terlawan dengan yang baik. yang buruk akan selalu terlawan.

perasaan itu adalah tunjang kepada sikap. dan bagaimana kita salurkan perasaan itu, ia akan menentukan apa yang akan terjadi pada diri kita. kita yang memilih untuk itu.

namun tidak lupa juga perwatakan juga boleh menjadi sesuatu yang sudah terlahir dari dalam diri kita. ia boleh menjadi suatu anugerah dan boleh juga menjadi suatu ujian. anugerah terus dijaga supaya ia menjadi berlian dalam diri, ujian kita perlu bentukkan kembali supaya kita menjadi yang terbaik.

jika dilihat tentang perasaan cinta, ia adalah suatu anugerah terindah kepada manusia. ianya nikmat yang tidak terkira samada diperolehi kita atau diberi kepada orang lain. orang yang hidup dalam keadaan penuh perasaan tidak akan sedar akan perkara buruk yang terjadi kepada mereka atau jika mereka sedar sekalipun, itu bukan fokus utama mereka. perasaan cinta itu begitu indah sehingga mereka sukar merasakan perasaan negatif, hanya yang indah mereka salurkan.

kita boleh lihat bagaimana orang yang hangat bercinta dan masih di awal peringkat percintaan. semuanya nampak indah pada pandangan mata mereka, mereka terlalu asyik terhadap perasaan itu sehinggakan jika terbuta mata kerana cinta, mereka sanggup melakukan apa sahaja.

namun, bila tiba saat cinta diuji, ada yang tidak mampu bertahan, bukan sahaja tidak mapu bertahan, namun  tidak mampu berjuang pun untuk perasaan yang dikatakan 'cinta' itu. cinta itu suci tidak akan kita mampu untuk mengotorkan ia.

disebabkan itu, kita manusia perlukan panduan untuk salurkan peasaan ini. ia bukan sahaja untuk mengawal, namun untuk melihatkan dan menampakkan kita kepada realiti. kehidupan kita adalah realiti, dan kita perlu bersandarkan kepada realiti. perasaan mencrakkan kehidupan kita. kita melukiskan kehidupan kita melalui perasaan. kita memilih jalan hidup kita. ya, sudah tertulis skrip kehidupan kita oleh tuhan, namun tidak pernah kita lupa bahawasanya kehidupan ini juga tertentu melalui pilihan. kenapa tuhan masih memberi peluang untuk kita memilih sedangkan, tuhan mampu untuk menentukan segalannya?

kerana sebagai manusia yang beriman dan beramal, kita percaya terciptanya syurga dan neraka diakhir sana, sebagai belasan kepada kita atas apa yang kita pilihan.

"our lives are based on what we choose" "we choose our lives"


stay positive. stay you. stay happy.

No comments:

Post a Comment

Negara Demokrat dan Demonstrasi Awam #LAWAN

 Malaysia It has been 2 years of Malaysia has been in this endless pandemic which is a really tiring and hopeless situation for all of us. T...